:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Sunday, January 23, 2011

kebahagiaan milikku

"Kenapa mesti aku yang kahwin dengan dia? aku tak kenal dia pun. Lelaki ni pun satu juga. kalau aku dah tak nak tu dah la. Yang masih nak juga, kenapa? dah desperete agaknya dia ni. haisss... kalau bukan sebab ibu, aku tak akan kahwin dengan dia ni. huh!.." siti berkata-kata sendirian. Dia dalam delema kerana dipaksa kahwin dengan seorang lelaki yang langsung dia tidak kenali. oleh kerana si ibu yang tertarik dengan sikap lelaki tersebut, Siti tidak punya pilihan lain dan dia akan menuruti kehendak ibunya.

Pada hari pernikahan mereka, Siti masih lagi dibelenggu perasaan tidak puas hati dengan insan yang beberapa detik lagi bakal menjadi suami dia yang sah. sebelum ini, dia selalu mengelak untuk berjumpa dengan lelaki tersebut. Alasannya, sudah kahwin nanti pun boleh berkenalan juga. Tak perlulah nak jumpa. Dan sekrang, tiba masa yang diharapkan tidak akan muncul dalam hidupnya. Siti gelisah bila dia akan bergelar isteri kepada seorang lelaki yang dia tidak kenali. Sedang dia berfikir-fikir tentang kehidupan dia selepas ini, tiba-tiba dia terdengar "aku nikahkan kau dengan siti maizura binti faizal dengan mas kahwinnya rm100 tunai" "aku terima nikahnya siti maizura binti faizal dengan mas kahwinnya rm100 tunai" erkkkk! betul ka apa yang aku dengar ni? aku dah sah bergelar isteri dia yang sah ke? sedang dia berkhayal, tiba-tiba pintu biliknya terbuka luas dan seorang lelaki masuk diiringi keluarganya. lelaki tersebut menyarungkan sebentuk cincin ke jari manis Siti. setelah itu, dengan perasaan yang berdebar-debar, siti menyambut huluran tangan lelaki yang baru menjadi suaminya dan menyalam serta mencium tangan suaminya. lalu lelaki tersebut mencium dahi Siti. Siti hanya mampu menahan rasa yang ada dihatinya.
Selama Siti bergelar isteri kepada Huzaimi, dia tidak melayan Huzaimi selayaknya layanan seorang isteri terhadap suami. Sehinggalah Huzaimi mengambil keputusan untuk pergi dari rumah mereka kerana terlalu berkecil hati dengan sikap Siti Terhadapnya. Siti yang sememangnya tertekan dengan perkahwinan tersebut tidak memperdulikan tindakan Huzaimi. Pada 1 malam, Siti mengikut kawan-kawannya keluar untuk melepaskan tekanan yang ada. Tetapi, kawan-kawan siti telah mengajaknya ke club. Setelah beberapa kali mengelak, Siti kalah dengan pujukan mereka. Siti juga telah lupa diri dan meminum air yang dihidangkan dihadapan matanya. Ketika dia sedang mabuk, tanpa dia sedari dirinya telah dinodai oleh seseorang yang memhantarnya pulang kerumah.

Beberapa minggu kemudian, Siti rasa tidak sedap badan. Dia membuat pemeriksaan di salah sebuah klinik, dan ketika itu, Siti telah disahkan mengandung. Siti terkejut dengan berita tersebut kerana selama perkahwinan, dia tidak pernah disentuh oleh suaminya. Siti balik kerumah dengan perasaan yang tidak menentu. Sedang dia berfikir-fikir tentang keadaan dirinya, Siti dikejutkan dengan kedatangan ibunya. Ibunya yang pelik melihat wajah Siti yang pucat bertanyakan tentang keadaan Siti. Siti yang gelabah ketika itu terus terlepas kata dan memberi tahu ibunya yang dia mengandung. Ibu Siti kelihatan gembira dengan berita yang baru didengarinya. Ibu Siti bertanya pula tentang keadaan menantunya. Siti hanya mampu berbohong dan mengatakan bahawa Huzaimi suaminya sedang bertugas di luar kawasan. Ketika itulah Siti mula teringat kepada Huzaimi yang telah lama tidak pulang kerumah akibat dari sikapnya sendiri. Siti ingin menangis mengenangkan dosa-dosanya terhadap suaminya.

Siti mundar mandir didalam bilik sambil berfikir-fikir apa yang perlu dia lakukan. Siti mula merindui Huzaimi dan teringan semua layanan Huzaimi terhadapnya walaupun dia selalu menyakiti hati Huzaimi.Siti mula diserbu rasa bersalah. Siti mencari idea untuk memanggil Huzaimi balik kerumah semula. Walaupun dalam hati Siti masih ada ego, tapi dia berusaha juga untuk memanggil suaminya pulang kerumah. Siti mendapat idea, dan dia menghantar sms kepada Huzaimi dengan harapan suaminya itu akan pulang kepangkuannya. Setelah beberapa detik menunggu, suaminya tidak membalas sms yang telah dihantar. Lalu Siti menghantar lagi satu sms kepada suaminya. Dia sanggup menghantar berita yang tidak betul kepada suaminya asalkan suaminya membalas sms dia dan mahu kembali kerumahnya. Ternyata pancingannya mengena dan malam itu, suaminya pulang kerumah. 

Kepulangan suaminya disambut dengan perasaan kekok kerana selama ini dia tidak pernah melayan baik suaminya itu. Setelah ibu Siti balik, Siti tidak berani menegur suaminya. Dia malu untuk berhadapan dengan suaminya. Siti hanya menghantar sms kepada Huzaimi dan meminta maaf kerana menipu dia. Huzaimi membalas sms Siti "xmengapa ct. abg x marah pun. walaupun abg ditipu, tapi abg bahagia kerana ct mahu bersama abg smula." Siti terharu membaca sms dari suaminya. Dan bermula dari hari itu, Siti melayan suaminya dengan baik. dan perasaan sayang mula wujud dalam hati Siti. Tapi Siti masih punya perasaan malu bila dia dekat dengan suaminya. Tapi dalam hati Siti masih ada perasaan pelik dengan sikap Huzaimi. Kenapa Huzaimi tidak marah langsung apabila mengetahui Siti sedang mengandung sedangkan dia tahu yang dia tidak pernah menyentuh Siti selama ini. 

Oleh kerana perasaan pelik tersebut, Siti bertanyakan kepada suaminya tentang sikap Huzaimi itu. Huzaimi menggenggam tangan Siti dan mencium tangan isterinya lalu Huzaimi mencritakan semula kejadian malam tersebut dimana kawan Siti telah menelefon Huzaimi dan memberi tahu Siti sedang mabuk dan meminta Huzaimi menjemput Siti untuk pulang kerumah. Dan pada ketika itu, Siti tidak sedar yang dia telah menggoda suaminya sendiri dan pada malam itu, Siti dan Huzaimi telah 'bersatu' dalam erti kata sebenar. Tapi, disebabkan takut Siti tambah membenci dirinya, Huzaimi menghilangkan diri sebelum Siti sedar dari tidur nya.Siti yang mendengar cerita Huzaimi menjadi malu dan terus meninggalkan Huzaimi yang sedang tersenyum bahagia. 

Huzaimi tidak menyangka dia akan merasa kebahagiaan ini setelah apa yang berlaku dan hatinya semakin menyayangi Siti dan janjinya akan terus mencintai isterinya itu. Dan bagi Siti pula, dia tidak percaya yang dia akan sebahagia ini setelah apa yang dia buat. Dia perlahan-lahan mendekati Huzaimi dan menyalam tangan Huzaimi serta mencium tangan suaminya lalu meminta maaf dengan segala apa yang berlaku. Kini dia betul-betul rasa yang dia jugak menyayangi suaminya. Dan dalam hatinya kini cuma ada nama Huzaimi. "Kebahagiaan milikku" itu yang ada dalam hati kedua-duanya.........

        

Monday, January 17, 2011

Aku ceria kerna mu, si comel


Assalamualaikum w.b.t....
Lepas 2 hari cuti.. sabtu ahad.. aku kembali bekerja seperti biasa... x sangka plak aku kedatangan aku d sambut oleh anak2 y manja ni :D pa lagi budak yang dalam gambar tu... 
        Cuba kamu bayangkan.. kamu datang kerja, pagi2 d sambut dengan kemanjaan kanak2.. mesti masalah pa pun yang ada d fikiran kamu, serta merta hilang... gitu la jua aku tadi pagi... aku x perasan y dia datang dekat ngan aku.. dia tarik2 baju aku... skali aku pandang.. dia bagi aku senyuman dia yang kiut tu.. hahaha... pastu, dia minta dukung... terhibur la jua aku dengan gelagat dia... malar dia jadi ekor aku... 

        Hrmmm... Kuat tul penangan kanak2 ni kan.. pa lagi y manja2 ma kita ni... Semalam, aku nangis pikir masalah aku.. dalam perjalanan p kerja pun aku pikir.. tapi bila jumpa dia.. adehh... masalah aku pun aku x igt... 

Sunday, January 16, 2011

Hati Menangis Lagi

Aku tak tahu kenapa
Hati ini mahu menangis lagi
Mungkin kerna rindu ku pada mu
Mungkin jua sakit kerna mu
Tapi kenapa hati ini perlu menangis lagi?
Dan kenapa kau tak pernah mengerti?

HMMM.....
Andai saja ko tau apa yang aku rasa
Adakah ko akan lakukan seperti ini lagi?
Atau mungkin jua benar aku tidak penting bagi kau?
Dan adakah benar aku hanya sandaran bg ko?

Hmmmm... 
Semua perkara ni buat 
Hati aku menangis lagi
Dan aku semakin yakin dengan apa yang perlu aku lakukan
Walaupun hati aku bakal menangis lagi selepas ini 


Saturday, January 15, 2011

Assalamualaikum wbt dan selamat sejahtra

hai hai hai... kepada smua y melawati blog saya.. sila beri tunjuk ajar dan beri la komen, kritikan tau pa sahaja y anda rasa sesuai tuk memperbaiki blog ini agar jadi lebih  baik... salam kenalan salam perpaduan dan salam ukhuwah buat smua :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...