Wahai Kaum Adam..
Hawa itu tercipta indah dari tulang rusuk Adam.. Terlindung 1001 hikmah
disebalik keindahan itu.. Janganlah engkau sengaja patah-patahkan ia..
Sebaliknya luruskannya dgn penuh hikmah & sayang..
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.. Tanpa
mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.. Masih mencari-cari
walau ada segala-galanya.. Apa yg tiada dalam syurga? Namun Adam tetap
rindukan hawa..
Dijadikan wanita drpd tulang rusuk yg bengkok..
Untuk diluruskan oleh lelaki yang memimpin.. Tetapi seandainya lelaki
itu sendiri tidak lurus.. Manakan mungkin kayu yang bengkok..
menghasilkan bayangan yang lurus..
Kenalkan mereka kepada
Allah, zat yg kekal abadi.. Kerana di situlah punca kekuatan di dunia
ini.. Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.. Hati serapuh
kaca.. Kuatkanlah ia dengan iman… Perasaan selembut sutera, hiasilah ia
dengan akhlak.. Ingatlah peranan kita wahai lelaki bergelar pemimpin..
Suburkanlah dia kerana dari situlah nantinya.. Mereka akan lihat
nilaian dan keadilan Rabbi.. Bisikkan ke telinga mereka bahawa
kelembutan bukan suatu kelemahan.. Ia bukan diskriminasi Allah…
sebaliknya di situlah kasih & sayang Allah.. kerana nantinya mereka
akan semakin derita..
Luruskanlah wanita dengan jalan yg
ditunjuk oleh Allah..Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah..
Didiklah mereka mengikut syariat Islam.. Jangan cuba menjinakkan mereka
dengan harta.. kerana nantinya mereka semakin liar.. Janganlah hiburkan
mereka dgn dunia semata-mata..
Bila wanita itu menjadi
derhaka..pasti dunia lelaki menjadi huru hara… Janganlah mengharapkan
ketaatan semata-mata.. Sebelum memberikan kepimpinan yg diredhai..
Pastikan sebelum wanita menuju Ilahi,pimpinlah diri kepada-Nya.. Nescaya
akan jinaklah segala-galanya dibawah pimpinanmu..
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra..
Seandainya diri kita tidak sehebat Saidina Ali ra.. Bukankah kita kaum
Adam as memikul peranan besar terhadap hawa? Lindungilah hawa itu..
Jadilah pemimpin dan imam yg terbaik..
Lindungilah hawa yg
lemah itu.. Itulah hakikat andai wanita tidak kenal Rabbinya.. Wanita yg
tidak tahu hakikat kejadian & tanggungjawabnya.. Pasti tidak akan
terhibur, dan tidak akan menghiburkan.. Tanpa iman, ilmu dan
akhlak..mereka tidak akan lurus.. Bahkan akan semakin membengkok rosak..
Alangkah bertuahnya kita berada dibawah Nur Islam.. di mana segala
kesusahan, kesakitan, kesedihan..kerinduan, kegelisahan yang dihadapi..
dapat diharungi bersama dengan sabar dan redha.. mengkafarahkan
dosa-dosa kecil..
Wahai lelaki…wahai kaum Adam yang memimpin..
Lindungilah hawa selagi kamu mampu & bukan menyakitinya..
Bimbingilah hawa di jalan Nur-Nya,bukan menyesatkannya.. Wangikanlah
mulutmu dengan nasihat hikmah,bukan meracuninya.. Jadilah pemimpin imam
yg terbaik dalam terbaik buatnya..Hilangkanlah sifat ego itu kerana
itulah api yg membenamkan Nur Kebahagiaan bersama..
Ingatlah wahai lelaki... ♥♥♥♥
** nak share, silakan... dah dapat keizinan dari tuan punya post...