:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Tuesday, February 14, 2012

11 Hadiah Terbaikk Dari Suami Untuk Isteri Tercinta..


October 11, 2011 




1. Hadiah Mendengar : Berikan hadiah ini kepada isteri anda dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan & jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas. Pandang mata isteri semasa dia sedang bersemangat dengan apa yg nak dikatakan. (eye contact)


2. Hadiah Tanda Kasih : Jangan kedekut utk memberikan pelukan, ciuman & ramasan tangan. Selalu membelai dahi isteri berulang-ulang kali, mencium dahi dan kawasan muka isteri.. dan Biarkan tanda-tanda kecil ini menunjukkan rasa kasih dan sayang yg ada didalam diri anda..

3. Hadiahkan Sehelai Nota : Ia mungkin ringkas seperti “Sy Sayang Awak!.” , "sy nak awak selalu!" "Senyuman awak buat hati sy tenang." atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah syair dan puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh insan yang dikasihi anda akan jumpa..

4. Hadiah Ketawa : Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, “Saya suka ketawa bersama awak.” "Sy suka cara awak ketawa" "Sy suka cara awk berjalan" dan lain2.

5. Hadiahkan Puji-Pujian : Sesuatu yang simple seperti “Warna biru memang ngam dengan awak la” atau “Sedapnya masakan awak” atau "Cantik baju ni syg!" dan lain2..

6. Hadiah Bantuan : Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jemur/angkat baju, jaga anak, dan lain-lain kerja yg boleh mengurangkan keletihan isteri dengan kerja2 rumah dan tambah2 lagi isteri yg juga bekerja untuk membantu ekonomi keluarga.

7. Sekali-sekala buat kejutan untuk isteri anda. Seperti menghadiahkan dia sejambak bunga pada masa yg benar2 dia tak jangka.. Bercuti di tempat2 yg indah dan romantik..

8. Hadiah Bersendirian : Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

9. Hadiah Keceriaan : Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

10. Hadiah Riadah : Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Walaupun anda tidak minat dengan sukan/aktiviti itu, Kalah pun tak apa, sebenarnya kamu masih menang.. :)

11. Hadiahkan Doa : Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

*Suami yg mengamalkan tips2 ini insya'allah akan dapat merasa perbezaan layanan isteri anda semakin hari semakin syahdu... ;)

Jadilah Isteri Yang Solehah..



December 21, 2011 






Rumahtangga Bahagia.. Keluarga Pun Menjadi Ceria Dan Insya'allah Syurga Menunggu Anda.


Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa dibulan Ramadhan, menjaga kehormatan dirinya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada mana-mana pintu yang ia kehendaki." [Hadith Riwayat Al-Bazzar]

1) Hormati Suami.

- Allah S.W.T memerintahkan para isteri agar mentaati dan melayani suami dengan baik, sabda Rasulullah SAW yg bermaksud : "kalau boleh aku menyuruh seseorang supaya sujud kepada orang lain, nescaya aku menyuruh isteri supaya sujud kepada suaminya." [Hadith Riwayat At-Tirmidzi]

2) Prihatin Pada Perasaan.

- Isteri harus peka dengan persaan suami dan perasaan sendiri. Jika si suami dalam keadaan wajah sedih itu adalah gambaran perasaannya, jangan ditambah sedihnya itu, cuba layan dengan menghibur hatinya dan layan dengan senyuman yg manis. Namun perasaan anda juga jangan diabaikan jika dalam keadaan tertentu anda kurang setuju sesuatu jangan diteruskan, jangan biarkan emosi negatif anda dirasionalkan.

3) Menjaga Tubuh Badan.

- Bagi wanita yg mempunyai "dwi kerjaya" (bekerja dan suri rumah tangga) jangan jadikan kesibukan sebagai alasan anda tidak mengurus penampilan anda, dengan badan yg mengembang macam belon, kulit kusam, berminyak, rambut tak rapi... JANGAN... jangan biarkan ini berlaku.. anda harus bijak mencuri masa untuk uruskan diri dan belajarlah selok belok pengurusan badan dan kecantikan.

4) Komunikasi Berkesan.

- Belajar berinteraksi dengan suami, biar suami tahu apa yg anda suka dan tidak suka. Beranikan diri meluahkan apa yg terbuku dalam hati dan apa yang anda rasakan inilah petua/kunci melancarkan hubungan anda. suami tiada kuasa khas yg boleh membaca tembus ke dalam hati anda, jadi kena luahkanlah.

5) Jangan Tolak Permintaan Seks.

- Semua isteri harus tahu seks adalah antara keperluan utama lelaki. Oleh itu jangan menolak bila suami menunjukan tanda2 inginkan seks. Isteri juga harus berani memulakan hubungan intim dan mempelajari teknik2 yg boleh memberikan kepuasan kepada dua pihak. Mengabaikan hubungan seks bererti menghancurkan keperluan batin suami. Jika atas alasan kesihatan cuba terangkan dengan cara yg betul agar suami boleh menerima dengan baik dan tidak kecewa. Paling kurang pun hubungan intim mesti satu kali dalam seminggu.

6) Jadi Teman Berbual.

- Luangkan masa setidak-tidaknya 15 minit sehari untuk berbicara dengan suami untuk mengetahui perkembangan suami, dengan masa inilah juga anda memberitahu situasi anda dan anak - anak. Kongsilah... bukankah hubungan perkahwinan merupakan perkongsian hidup?

7) Menilai Diri.

- Berikanlah penilaian terhadap kerja-kerja mahupun layanan anda terhadap suami. Nilai juga sikap anda terhadap suami, anda haru jujur dan iklas dalam menilai diri sendir agar anda boleh memperbaiki mana- mana aspek yg terkurang. Tanyalah kepada si suami apa yg kurang dan apa yg lebih agar anda boleh memperbaiki layanan anda terhadap suami.

8) Menjaga Amanah Suami.

- Amanah bukan saja harta benda milik suami tapi yg utama adalah harta yg dikongsi bersama iaitu anak-anak. Didiklah anak- anak anda dengan adab sopan, uruslah zuriat anda dengan sebaik mungkin. Suami pasti berbangga dan bahagia memiliki isteri yg mampu membantu beliau mendidik anak-anak dan bersopan santun.

9 ) Belajar Menghargai.

- Suami sebenarnya perlu dihargai atas penat lelahnya menyara keluarga. Oleh itu buatlah dirinya dihargai, mengingati hari2 penting dalam hidupnya, memberikan hadiah atau kejutan. Paling mudah dengan mengeluarkan kata-kata yg menyejukkan hati. Pujilah atas usahanya yg berusaha memberikan keselesaan kepada keluarga, ucaplah terima kasih atas segala2nya. Hati anda pasti rasa bahagia bila suami gembira.

10) Patuh Pada Agama.

- Walaupun seribu tip menjadi isteri yg baik anda ikuti, tidak akan berguna jika seorang isteri itu tidak berpegang pada agama. jauhi segala larangannya dan taatlah pada perintah-Nya. Sesungguhnya Islam sendiri meminta kaum lelaki memilih calon isteri dari kalangan mereka yg patuh pada agama. Ikut saja segala nasihat dari suami anda yg menyuruh kepada perkara kebaikan dan tidak bertentangan dengan syariat Islam.

Rasulullah S.A.W bersabda yg bermaksud : "Wanita yg paling besar mendatangkan keberkatan adalah mereka yg paling mudah mengurus memberi belanja rumah." [Hadith Riwayat Ahmad]

Penerangan : Jika seorang wanita telah diberi belanja oleh suaminya sekadar mampunya maka dibelanjakannya dengan bijaksana dan berhemah sehingga dapat mencukupkan apa yg ada dengan tiada umpat cela. Jika dia mempunyai harta sendiri, dinafkahkannya untuk menambah keperluan rumahtangga. Maka itulah wanita paling besar membawa keberkatan rumahtangga






copy : http://www.facebook.com/photo.php?fbid=2501005729381&set=a.1470190479644.2071029.1380080408&type=3&theater

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...