:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Tuesday, April 3, 2012

17 MAC 2012 JADI SEJARAH

Alhamdulillah... setelah melalui pelbagai ujian d alam pertunangan, kini semuanya telah selesai.. 2 hati bersatu dengan lafaz  akad "aku terima nikahnya"...

Pertemuan yang singkat, dirancang oleh seorang teman merangkap sepupu rapatnya, tanpa banyak bicara dari 2 individu, hanya usik2an dr teman2 itu, dan dia menyahut cabaran agar masuk meminang jika serius.. maka kami diikat dengan ikatan pertunangan pada 16 sept 2011.

Mula mengenali hati budi masing2 ketika sudah bertunang. betul kata orang, alam pertunangan banyak UJIAN2 NYA.. pelbagai masalah timbul.. terlalu banyak perkara yang membebankan mengusik tangkai hati. sehingga hati yang mula terisi kembali kosong.

Di hati mula mengalah dengan semua ujian yang datang, Disetiap doa ku, ku bermohon, jika memang dialah jodoh ku, yang terbaik untuk ku, permudahkan urusan itu.. dekatkan dia denganku walau hati menolak.dan jika dia bukan untukku, bukan y terbaik untuk ku, jauhkanlah dia dr ku walau dia cuba mendekati. setiap hari itu doa ku, kerna ku tak yakin pada hati sendiri.

Semakin hari, dia semakin dekat.. walau hati ku masih berkeras, walau ku buat pelbagai cara, dia tetap dekat dgn ku.. makin lama, hati mula menyayangi dia, tetapi ku tetap keraskan hati kerana takut d lukai lagi oleh insan bernama lelaki. rindu y ada disimpan.. kuserah kepada Allah dan minta d beri kekuatan.. semakin hari, dia semakin menyayangi ku.. kesian dia terpaksa melalui kekerasan hati aku..

Alhamdulillah... setelah melalui perkara2 yang menyakitkan, kini aku telah sah menjadi isteri dia pada 17 MAC 2012.. dan aku sangat menyayangi dia.. smoga masjid yang dibina ini akan terus berdiri megah dan berseri sehingga akhir hayat kami berdua.. AMIIN.....

Pesanan Buat Suami..


1. Selalu menghargai usaha dan penat lelah isteri.. terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap pandanglah mukanya.. dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yg diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan atau cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih dari emak anda..

4. Jangan demand sex sekiranya isteri anda tidak sihat..sebaliknya berikan perhatian yg lebih dari hari biasa. Sanggupkah anda nak bersama jika isteri dah terkulai lemah tidak sihat?

5. Kalau pasangan dah ada anak tu sama-samalah menjaga anak.. Benih dari awak juga.. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing n berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relax-relax sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dsbnya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumahtangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk utk isteri. Jangan bedal semua sampai turn isteri yang tinggal cuma ekor ikan sekerat, janggut sotong dan ekor taugeh.

8. Kalau nak ajak member bertandang ke rumah, beritau isteri dulu, kalau boleh sehari-dua in advance. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri cuma sempat masak mi maggi saja.

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang semakin sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu...

10. Jangan kentut depan isteri. Masa bercinta dulu kenapa boleh control kentut? :D

11. Hormatilah ibu-bapa dan kaum keluarga isteri Jangan sekali mencaci mereka walaupun niat nak bergurau ke ape ke...

12. Jangan kedekut dengan isteri untuk memberi wang belanja keperluan rumahtangga, dan beri ikut kemampuan anda.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami & lelaki. Selagi boleh, jangan bebankan isteri dengan masaalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami “degil” tak nak minta pertolongan, selagi itulah dia rela nak tolong.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah guna cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi bubuh balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang simpan balik ditempat asal.

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah atau menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Isteri pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17.. Jangan main kayu tiga dengan perempuan lain. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri awak yang buat, tentu awak tak boleh tolerate, jadi mengapa isteri awak kena tolerate kalau awak buat?

18. Kalau tak menyukai sikap atau perbuatan isteri, tegurlah secara baik, jangan asyik nak menengking aja. Kalau awak sakit nak mati nanti, siapa yang kena jaga awak? Bai jual roti? Apek jual sayur? Jiran sebelah rumah awak?

19. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuklah anda mengambil berat tentang dirinya.

20. Berbincanglah dgn isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Dalami agama dan bimbinglah anak isteri dengan ikhlas seperti yang dituntut agama. Ingat, kalau seorang suami masuk syurga, besar kemungkinan isteri pun masuk syurga. Kalau suami masuk neraka belum tentu isteri juga masuk neraka. Kalau isteri masuk neraka, besar kemungkinan suami juga masuk NERAKA tapi kalau isteri masuk syurga belum tentu suami pun masuk syurga. Ini bukan rekaan saya tapi saya dengar dari seorang ustaz.

22. Berusahalah dgn ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumahtangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali

23. Jangan buat donno je kalau isteri merajuk atau berkecil hati.. Kalau perlu minta maaf, minta maaf cepat2, kalau perlu dipujuk, pujuk cepat2. Hati orang pompuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja..

*Nak Share silakan.

Salam Ukhuwah...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...