Alhamdulillah... setelah melalui pelbagai ujian d alam pertunangan, kini semuanya telah selesai.. 2 hati bersatu dengan lafaz akad "aku terima nikahnya"...
Pertemuan yang singkat, dirancang oleh seorang teman merangkap sepupu rapatnya, tanpa banyak bicara dari 2 individu, hanya usik2an dr teman2 itu, dan dia menyahut cabaran agar masuk meminang jika serius.. maka kami diikat dengan ikatan pertunangan pada 16 sept 2011.
Mula mengenali hati budi masing2 ketika sudah bertunang. betul kata orang, alam pertunangan banyak UJIAN2 NYA.. pelbagai masalah timbul.. terlalu banyak perkara yang membebankan mengusik tangkai hati. sehingga hati yang mula terisi kembali kosong.
Di hati mula mengalah dengan semua ujian yang datang, Disetiap doa ku, ku bermohon, jika memang dialah jodoh ku, yang terbaik untuk ku, permudahkan urusan itu.. dekatkan dia denganku walau hati menolak.dan jika dia bukan untukku, bukan y terbaik untuk ku, jauhkanlah dia dr ku walau dia cuba mendekati. setiap hari itu doa ku, kerna ku tak yakin pada hati sendiri.
Semakin hari, dia semakin dekat.. walau hati ku masih berkeras, walau ku buat pelbagai cara, dia tetap dekat dgn ku.. makin lama, hati mula menyayangi dia, tetapi ku tetap keraskan hati kerana takut d lukai lagi oleh insan bernama lelaki. rindu y ada disimpan.. kuserah kepada Allah dan minta d beri kekuatan.. semakin hari, dia semakin menyayangi ku.. kesian dia terpaksa melalui kekerasan hati aku..
Alhamdulillah... setelah melalui perkara2 yang menyakitkan, kini aku telah sah menjadi isteri dia pada 17 MAC 2012.. dan aku sangat menyayangi dia.. smoga masjid yang dibina ini akan terus berdiri megah dan berseri sehingga akhir hayat kami berdua.. AMIIN.....

amin.. smoga kekal bahagia hingga ke syurga.. :)
ReplyDelete