4 hari lepas, aku di call oleh seorang hamba Allah ni... Dia tanya aku mcm ni... "mcm mna mau lupakan seseorang?" soalan dia ni, mulanya aku curiga jugak... then x lama aku gelak.. ya la.. org yang bertanya ni pun, org yg pernah ada kaitan dgn aku satu waktu dulu dalam tempoh masa y agak lama jugak la... then tetiba datang kat aku tanya benda tu..
Then cerita punya cerita, rupanya dia dah terkena jiwa kacau.. hati kacau.. kesian jugak la kan.. Then aku kata kat dia.. "Kita X Akan Dapat Lupakan Seseorang, Tapi Kita Kena Belajar Melepaskan Seseorang"... then dia kata kat aku.. "itu lah masalahnya skg ni.. aku betul2 x dapat nak lupakan dia.. kepala aku asyik igt dia jak.. x pernah aku mcm ni sebelum ni.. inilah kali pertama dalam hidup aku, aku rasa mcm ni" ermmm... kalau korang, apa korang jawab agaknya? dah lah aku pnh sakit oleh dia.. aku rasa kalau korang d tempat aku, dah tentu korang marah kan.. hehe... tp bg aku, dah xda benda aku nak marah sebenarnya.. malah, terdetik perasaan kesian bila dia ngadu mcm tu.. lagipun skg kami berkawan mcm biasa.. so, semuanya kawan aku layan sama termasuk dia.. perkara dah berlalu, biarkanlah berlalu... apa lagi nak marah2 dan ungkit2 kan.. x baik tuk kesihatan.. hehe...
So, aku kata kat dia.. belajar melepaskan lebih baik dari ko belajar untuk melupakan.. sebab, xkan kita mampu lupakan orang yang kita sayang.. nak tahu x napa? sebabnya, orang tu pernah hadir dalam hati kita dan hidup kita.. susah kan? susah bila kita rasa susah... ia akan jadi senang, bila kita betul2 mahu lakukannya.. alaaa.. semua pasti boleh lakukan perkara ni... bila kita kehilangan seseorang, mmg la sakit... tapi cuba fikir.. orang tu fikirkan kesakitan kita y dia tinggalkan ka? tak kan?? so.. buat la pilihan y baik... aku suh dia pilih...
A. ko mau lepas dari sakit ko dan bahagia dgn kehidupan ko??, atau
B. ko mau terus dalam sakit ko dan hidup dalam kesedihan??
so.. dia pilih A... then aku suh dia berani lepaskan orang tu dari hati dia... apa y aku bg tau dia tu, semua y aku buat.. Alhamdulillah... aku dapat lakukannya... cukup tempoh 3 bulan aku down habis2an... selepas tu, aku bangkit balik.. ok la kan... sakit tu mmg la.. tapi kalau kita layan.. bukan lagi sakit kita dapat... bunuh diri dah kot.. haha... Na'udzubillah...
so pada yang diluar sana... jgn la berfikir tuk melupakan seseorang y kamu sayang kerna kamu pasti xkan dapat lakukannya... tapi belajarlah melepaskannya dari hati kamu.. dan doakan yg terbaik tuk dirinya... Insya'ALLAH... kamu pasti akan lebih tenang dan bahagia... maafkan saja dirinya.. itulah y terbaik...
oklah... stakat ini sahaja dalam tajuk ini... selamat mencuba... ngeee :D WASSALAM...
No comments:
Post a Comment