:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Thursday, February 3, 2011

Penantian Yang Sia-Sia

Perkenalan itu bermula dari alam persekolahan lagi.. Mereka kenal antara 1 sama lain ketika masing-masing melangkah kesekolah menengah yang sama ketika masuk tingkatan 1. Pada mula perkenalan mereka, mereka merupakan musuh tradisi. Pantang saja berjumpa, pasti berlaku pertengkaran.

      Ainul merupakan seorang gadis kecil, yang agak sopan dalam berpakaian. Dia memiliki sikap seorang yang mudah ketawa, nakal, aktif tetapi dia seorang yang cepat panas.. Tetapi, ramai yang tidak tahu akan sifat lembut hati yang dimiliki oleh Ainul kerna dia jarang menunjukkan Perasaan dia terhadap sesiapa pun kecuali MARAH.. Dia lebih suka menunjukkan sikapnya seperti itu kerna, bagi dia, sesiapa yang ikhlas berkawan sahaja yang dapat kenal sifat dia tersembunyi. Dia mahu rakan-rakannya menerima kelemahan yang ada pada dirinya, bukannya berkawan dengannya sebab kelebihan yang dia ada.

      Bagi Abil, dia suka mengusik Ainul dan membuat Ainul marah. Dia sendiri tidak mengetahui kenapa dalam ramai-ramai teman perempuan di sekolah itu, Ainul jugak yang menarik perhatiannya. Sehinggakan Ainul menjadi geram dengan sikap Abil. Sewaktu minggu orentasi di sekolah mereka bg pelajar-pelajar tingkatan 1, Abil selalu sahaja cuba untuk mencari peluang mengusik Ainul. 'Aduh!!! dia lagi... huhh!!.. mesti mengacau lagi kerjanya ni.. adessss!' hati kecil Ainul mula berkata2 sendirian. "oii kecik.. hari-hari jak aku nampak muka ko ni.." Abil mula mengusik. "Siapa suruh ko pandang..." jawab Ainul mula geram.. Memang begitulah kejadiannya bila Abil dan Ainul berjumpa.. Ada sahaja yang akan digaduhkan..

      Sewaktu berada ditingkatan 3, mereka ditempatkan dikelas yang sama. Ainul mula merasa hidupnya bakal kacau. Ainul mengambil tempat duduk yang paling hadapan didalam kelas kerana tidak mahu terlalu dekat dengan Abil. Tapi nasib dia agak malang bila guru kelas menukarkan dia kebarisan nombor 2 dari belakang. Abil kelihatan senang hati bila Ainul hanya berada depan matanya sahaja. Selama mereka dekat, ada sahaja yang berlaku oleh mereka berdua. bila ketiadaan cikgu, Abil suka sangat mengusik Ainul sehinggakan pada suatu hari.. Ainul yang terlalu geram mengangkat bangku dan membaling kearah Abil. Abil yang melihat hanya ketawa-ketawa kerana dia suka sangat melihat Ainul marah.

      Pernah ada hari Ainul tidak dapat hadir kesekolah. Abil tercari-cari kelibat Ainul. Dan pada ketika itulah Abil bertanya kepada hanisah kawan baik Ainul "nisah, kenapa Ainul tidak datang sekolah?". Hanisah menjawab "Hujan, dia x dapat datang. kenapa?" Abil berkata "Bosan la dia tak ada. Tak ada sapa aku nak kacau. Suka aku tengok bila dia marah. hehehe" Hanisah yang mendengar tersengeh dan berkata "rupa-rupanya ada udang di sebalik maggi... hahahaha.." Abil berkata lagi "Comelkan kalau Ainul marah. aku suka tengok" Sah!!! Abil sebenarnya ada hati kat Ainul!! Hanisah berkata sendirian.. Dan setelah balik dari sekolah, Hanisah menelefon Ainul dan menceritakan tentang apa yang Abil katakan padanya waktu disekolah tadi. Ainul yang mendengarnya tersenyum sendiri tetapi dia sembunyikan perasaannya dengan mengatakan yang dia geram dengan sikap Abil. Walhal hatinya juga merindui lelaki itu. Abil dan Ainul sebenarnya punya perasaan yang sama tapi kedua-duanya berdiam diri.

      Hari berlalu, bulan berganti tahun, dan kini mereka berada di tingkatan 4. Ainul dan Abil tidak lagi berada didalam kelas yang sama. Tetapi, Ainul kena jugak berhadapan dengan Abil kerana sebagai pengawas, dia ditugaskan menjaga kelas Abil pada waktu pagi. Pernah ada satu ketika, Ainul mengamuk pada waktu pagi ketika sampai di kelas Abil. Abil yang gembira melihat kehadiran Ainul tergamam bila dimarahi oleh Ainul. Rakan-rakan sekelas Abil jugak terkejut sebab tak pernah lihat Ainul semarah itu. Selepas kejadian tersebut, Ainul berasa serba salah kerana memarahi Abil. Dia sangka, dia akan berpuas hati kerana dapat melepaskan marah yang terpendam dari malam lagi. Sewaktu rehat, Abil tidak turun langsung ke kantin. Ainul menjadi lagi serba salah. Dan Ainul meminta pertolongan kawan-kawannya untuk meminta maaf kepada Abil. Setelah tamat waktu rehat, Ainul mendapat surat dari Abil yang menyatakan Abil tidak terlibat dalam masalah yang menyebabkan Ainul marah. Dan ketika balik sekolah, Ainul dapat lagi 1 surat yang menyatakan isi hati Abil yang sebenarnya. Setelah 10 hari berlalu, barulah Ainul memberi lampu hijau kepada Abil. Ketika inilah bermulanya episod cinta Ainul dan Abil..

      Disekolah, mereka dikatakan pasangan belangkas. Dimana ada Abil, disitu la ada Ainul. Selama perhubungan mereka, Ainul terlalu banyak menguji kesabaran Abil. Tetapi Abil tetap bertahan untuk tidak menyalahkan Ainul. Dan ketika Abil berada ditingkatan 6 atas, Ainul pulak berada di semenanjung, Ainul mula berubah. Ainul menyayangi Abil sepenuh hatinya. Pernah jugak Ainul meminta Abil melepaskan dia kerana tidak sanggup lagi melihat Abil sakit hati. Tapi Abil tidak mahu melepaskan Ainul kerna dia tahu sebenarnya Ainul amay sayangkan dia. "Ainul, jangan tinggalkan Abil ya. Abil tidak boleh hidup tanpa Ainul" ucapan ini yang selalu didengar Ainul dari mulut Abil. Ketika Abil sudah melangkah ke universiti, Ainul lebih banyak tercabar dengan keadaan sekeliling Abil. Tetapi Ainul tidak berhak untuk menghalang Abil itu dan ini.

      Ainul tetap pertahankan hubungan mereka walau adakalanya Ainul makan hati dengan cara Abil. Dan dia merasakan dia yang menyebabkan Abil tertekan. Pernah juga Ainul mengaku kalah dalam hubungan mereka. Bagi Ainul, dia sudah tidak mampu tuk behadapan semua masalah yang seolah-olah dibebankan keatasnya. Kata-kata Abil kadang-kadang menunjukkan bahawa Ainul adalah punca Abil jadi begitu. Tetapi, bila Ainul meminta pengakhiran hubungan, Abil memohon untuk tidak ditinggalkan. Dia meminta Ainul memahami situasi dia dan mengatakan dia tidak menyalahkan Ainul tetapi sekadar ingin meluahkan. Hubungan yang terjalin terlalu lama dan kasih Ainul kepada Abil sudah tidak dapat di goyahkan lagi. Ainul pernah bertanya kepada Abil bila mereka akan mengikat hubungan mereka dengan ikatan yang sah. Jawapan yang Ainul dapat dari Abil seperti selalu "Ainul sabar ya. Abil nak cari kerja dahulu. Ainul tunggu Abil sampai habis belajar, ya sayang. Lepas habis belajar, dapat kerja, Abil akan masuk meminang." Ainul turutkan sahaja permintaan Abil. 

      Ainul masih setia menunggu Abil dan masih memegang janji-janji yang telah mereka buat. Tetapi, ketika ditahun akhir Abil di universiti, dan sudah masuk tahun ke-6 mereka bersama, hubungan mereka menjadi kucar-kacir. Hanya kerana menegur sikap Abil yang terlalu menurut kata-kata makcik pakcik dan adik-adiknya, Abil menyalahkan Ainul dan mengatakan Ainul melibatkan keluarga Abil. Walhal ketika itu, Ainul kesian melihat Abil yang selalu mengeluh tentang sikap keluarganya. Tetapi Ainul tetap meminta maaf dan cuba untuk memulihkan hubungan mereka. Tapi sikap Abil pelik ketika ini. Abil yang sebelum ini selalu mempertahakan hubungan mereka walau sering teruji kini tidak lagi. Abil menunjukkan sikap pasrah jika hubungan mereka hancur. Abil yang dulu meminta Ainul menantinya, kini berkata sebaliknya. "kalau saya masih mampu pertahankan, saya akan pertahankan. Bagi saya masa. Saya juga sayangkan hubungan yang sudah lama ni" tetapi itu sekadar ayat.

      Sebulan masa yang Abil berikan untuk diri mereka membetulkan hubungan yang hampir punah digunakan sebaik mungkin oleh Ainul. Tetapi Ainul dapat rasakan bahawa mereka akan berpisah. terlalu kuat kata hati Ainul dan Ainul cuba kuatkan hatinya ketika sebulan berjauhan dengan Abil. Dan dalam masa sebulan itu, hubungan mereka seperti tiada masalah. Bila berbual di telefon, mereka seperti pasangan yang bahagia. begitu juga bila berSMS. Persepsi Ainul mula berubah. Dia menyangka yang Abil akan memberikan jawapan positif kepadanya. Dan bila tamat tempoh sebulan itu, mereka bertemu kembali. 

      Bermulalaah episod hati luka parah bedarah bernanah dalam hidup Ainul. Lelaki yang selama ini memintanya menunggu dan menanti dengan setia akhirnya melepaskan dia. Ainul terasa seperti hidupnya sudah tiada apa. Dia jatuh dan terus jatuh. Hatinya tidak mampu bangkit. Ainul cuba memujuk Abil, tetapi Abil tetap berkeras dengan keputusannya. Rupanya Abil telah menceritakan semua yang berlaku kepada kawan-kawan sekampusnya, yang juga dikenali oleh Ainul. Rakan-rakan Abil jugak membuang diri Ainul sejauh-jauhnya. Rakan Abil yang rapat dengan Ainul, selalu cerita masalah dengan Ainul, juga membuang Ainul. Dan hati Ainul semakin sakit bila mengetahui, kawan Abil yang juga telah menjadi kawan kepadanya, wanita yang pada mulanya teruja mahu mengenal Ainul, wanita yang sama jugalah yang menjadi kekasih Abil selang tidak lebih dari 3 bulan mereka berpisah. Rupanya, hati Abil telah dicuri oleh wanita merangkap kawan kepada Abil dan Ainul. Sungguh "mulianya" hati wanita itu. "Budi Baiknya" tidak mampu terbalas oleh Ainul. Dan, segala PENANTIAN yang diminta oleh Abil dahulu adalah SIA-SIA.

2 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...