:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Monday, December 12, 2011

Kata-kata 1

"kenapa harus takut ketinggalan kapal, 
jika ketinggalan kapal itu lebih membahagiakan
daripada terus memaksa untuk menaiki kapal tersebut,
lalu hanyut dibawa arus penderitaan??"
fikirkanlah wahai teman...

Saturday, December 10, 2011

- Hukum Mencukur Bulu Kening,Bulu Kaki Dan Bulu Roma. -

Menghilangkan bulu alis (Bulu Kening ) termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo termasuk salah satu dosa besar kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah.”

Ertinya : “Allah melaknat wanita yg memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yg mencukur bulu alis (Bulu Kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yg dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” [Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124]

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadith tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan dilaknat tersebut.

Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana didalam hadith berikutnya Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits :

“ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yg minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yg minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yg minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yg cuba mengubah ciptaan Allah “ [Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh,Al-Imam Muslim rh,Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh.]

" Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yg diminta dicukur kening-kening mereka." didalam hadith tersebut merangkumi juga wanita-wanita yg mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .

Kaum wanita yg benar-benar mahu menjadi orang-orang yg beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yg dilakukan oleh kaum Barat yg cuba menyesatkan umat Islam. Tidak sedikit drpd kaum wanita Islam yg terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan dimedia-massa .

Oleh itu,wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yg dibenarkan dan apa pula yg dilarang daripada melakukannya. Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang didalam hadith di atas .

Namun bagi kaum wanita yg mempunyai hormon yg kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yg tumbuh disekitar bahagia muka, tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yg tidak normal,maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut. Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk didalam bab berubat dan mendapatkan rawatan.

- HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki.

- HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu.

- HARUS pula digunting sedikit kening dan di betulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .

Adapun jika seseorang wanita itu 'saja-saja' mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat (setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit) maka disaat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA.

**pesan daripada pemilik asal artikel.. silakan share jika nak share.. ^_^ 

coklat untuk anang ^_^ Selamat Pengantin Baru Anang

Assalamualaikum...

haiii... jom kongsi story... Ahad lepas 4/12/2011, sorang dari kawan kerja dah menjadi isteri orang.. tapi saya tak dapat pegi... kesian dia.. bab waktu 2 orang kawan lain sebelum ni kawin, ada juga kami datang kerumah dorang.. tapi dia xda kami pegi.. kebetulan waktu cuti kan.. so...  saya just kirimkan hadiah la kat dia melalui cousin nya.. 

haaa... nak tengok x hadiah nya?? hihi.. saya buat kan dia coklat :D nyum nyum!!! meh tengok hadiah yang saya bagi...



haaaa..... ini la coklat tu... hihi... ok x?? cuma y spoilnya tu.. tulisan tu.. coklat tu panas sangat.. pegang pun dah x betul.. cepat ja coklat tu leleh.. haha.. tapi xpa.. boleh diperbaiki.. y penting rasanya sodapppp...

coklat bentuk kotak love tu.. love atas tu dalam dia ada bubuh kacang almond y kecik2... dan box nya y kat bawah tu, tepi2 dia bubuh kismis.. cantik.. sayang nak makan kan.. silap2 member wat perhiasan plak... haha...

haaa... nampak pic isi dalam coklat love tu?? yg tu ada coklat praline dalamnya ada biskut.. coklat bentuk kerang ada kismis.. dan coklat kecik2 tu bentuk biji kopi.. letak kacang almond.. sedap tau... :D

Haaaa... sapa nak?? mai la beli... haha.. ok la.. apa2hal pun... saya nak ucapkan selamat pengantin baru kepada Anang dan suami.. semoga bahagia hingga akhir hayat.. amiin....

Friday, December 2, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik




‎10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Kita selalu membicarakan ciri–ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini? Semestinya tidak kerana lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik dan lelaki yg jahat untuk perempuan yg jahat. lelaki yg baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yg soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah S.W.T tetapkan..

Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri-cirinya? Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yg mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yg mempunyai sifat-sifat berikut :

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros dan tidak pula kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Rajin bersedekah.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yg soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yg kita sukai. Tetapi ciri–ciri suami yg benar-benar akan membimbing kita meraih kebahagiaan untuk di dunia dan akhirat itu hanyalah lelaki yg soleh. Jika pernikahan hanya semata-mata untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua..

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wanita - wanita yg buruk itu untuk lelaki yg buruk dan lelaki - lelaki yg buruk untuk wanita yg buruk, Sedangkan wanita - wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk wanita yg baik." [Surah An-Nur:26]

*Nak Share Silakan.

Salam Ukhwah..

Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. *Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah. Nak tag sesiapa pun boleh juga.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...