:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Saturday, December 10, 2011

- Hukum Mencukur Bulu Kening,Bulu Kaki Dan Bulu Roma. -

Menghilangkan bulu alis (Bulu Kening ) termasuk menggunakan rambut palsu dan tatoo termasuk salah satu dosa besar kerana Rasulullah S.A.W pernah bersabda :

“La’anallaHul waashilata wal mustawshilata wannaamishata wal mutanammishata wal waasyimata wal mustawsyimah.”

Ertinya : “Allah melaknat wanita yg memasang dan dipasang rambut palsu, wanita yg mencukur bulu alis (Bulu Kening) dan dicukurkan bulu alis dan wanita yg dibuat tatoo dan dibuatkan tatoo” [Hadith Riwayat Bukhari no. 5937 dan Muslim no. 2124]

Oleh kerana itu hendaklah setiap orang lelaki (hadith tersebut juga berlaku untuk lelaki) mahupun wanita berusaha menjauhi perbuatan dilaknat tersebut.

Mencukur bulu kaki dan bulu roma bagi kaum wanita juga dilarang sebagai mana didalam hadith berikutnya Saidina Abdullah Bin Mas’ud ( r.a ) meriwayatkan sebuah hadits :

“ Allah telah melaknat tukang-tukang tatoo dan perempuan-perempuan yg minta ditatoo, tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yg minta dicukur kening dan dilaknat juga wanita-wanita yg minta dijarang-jarangkan gigi-gigi mereka agar kelihatan cantik serta dilaknat juga wanita-wanita yg cuba mengubah ciptaan Allah “ [Diriwayatkan oleh Al-Imam Al-Bukhari rh,Al-Imam Muslim rh,Al-Imam Abu Daud rh dan Al-Imam at-Tobrani rh.]

" Tukang-tukang cukur kening dan wanita-wanita yg diminta dicukur kening-kening mereka." didalam hadith tersebut merangkumi juga wanita-wanita yg mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma mereka .

Kaum wanita yg benar-benar mahu menjadi orang-orang yg beriman kepada Allah Ta’ala dan Rasul-Nya s.a.w mestilah berusaha menjauhi segala gejala-tarikan yg dilakukan oleh kaum Barat yg cuba menyesatkan umat Islam. Tidak sedikit drpd kaum wanita Islam yg terpedaya dengan kaum Barat hasil iklan-iklan yang ditayangkan dimedia-massa .

Oleh itu,wajib bagi kaum lelaki dan wanita beriman mengetahui apakah perkara yg dibenarkan dan apa pula yg dilarang daripada melakukannya. Wanita-wanita beriman dilarang mencukur bulu-bulu kaki dan bulu-bulu roma kerana ianya adalah merupakan salah-satu cubaan mengubah ciptaan Allah Ta’ala dan kerana ianya juga dilarang didalam hadith di atas .

Namun bagi kaum wanita yg mempunyai hormon yg kuat sehingga menyebabkan banyak bulu yg tumbuh disekitar bahagia muka, tangan dan kaki dan menyebabkan seseorang wanita itu malu dan rendah diri kerana ianya merupakan perkara yg tidak normal,maka di saat itu TIDAK MENGAPA jika dilakukan proses menghilangkan dan mencukur bulu-bulu tersebut. Dan ini tidak dianggap mengubah ciptaan Allah Ta’ala bahkan ialah termasuk didalam bab berubat dan mendapatkan rawatan.

- HARUS dicukur jika bulu kaki wanita itu lebat dan banyak sehingga menyerupai kaum lelaki.

- HARUS dicukur bulu romanya jika ianya tumbuh secara tidak normal dan memalukan wanita itu.

- HARUS pula digunting sedikit kening dan di betulkan jika kening yang tumbuh itu panjang dan menyebabkan wanita itu merasa rendah diri .

Adapun jika seseorang wanita itu 'saja-saja' mencukur bulu kaki dan bulu roma serta kening mereka tanpa ada sebab-sebab yang diharuskan oleh syarak dan tanpa sebab untuk merawat (setelah disahkan oleh doktor yang amanah bahawa itu adalah penyakit) maka disaat itu TIDAK ADA SEBAB UNTUK WANITA ITU MENCUKUR BULU-BULU ROMA DAN BULU-BULU KAKINYA.

**pesan daripada pemilik asal artikel.. silakan share jika nak share.. ^_^ 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...