:::Special Word Today:::

~~~Semoga Allah merahmati kita semua.. May Allah Give His Blessing To All Of Us~~~

Friday, December 2, 2011

10 Sifat Calon Suami Yang Baik




‎10 Sifat Calon Suami Yang Baik


Kita selalu membicarakan ciri–ciri wanita untuk dijadikan pasangan hidup. Adakah lelaki terlepas dari tapisan ini? Semestinya tidak kerana lelaki yg baik adalah untuk perempuan yg baik dan lelaki yg jahat untuk perempuan yg jahat. lelaki yg baik tidak semestinya soleh, dan soleh itu semestinya baik. Namun menjadi lelaki yg soleh lah seharusnya dicapai oleh kita semua kerana ia merupakan ISO yang Allah S.W.T tetapkan..

Namun siapakah lelaki soleh? Kita sudah sering mendengar lelaki soleh, namun bagaimana ciri-cirinya? Jika anda seorang wanita, carilah lelaki yg mempunyai sifat-sifat berikut manakala jika anda seorang lelaki, jadilah seorang lelaki yg mempunyai sifat-sifat berikut :

1. Kuat amalan agamanya. Menjaga solat fardhu, kerap berjemaah dan solat pada awal waktu. Auratnya juga sentiasa dipelihara dan memakai pakaian yang sopan. Sifat ini boleh dilihat terutama sewaktu bersukan.

2. Akhlaknya baik, iaitu seorang yang nampak tegas, tetapi sebenarnya seorang yang lembut dan mudah bertolak-ansur. Pertuturannya juga mesti sopan, melambangkan peribadi dan hatinya yang mulia.

3. Tegas mempertahankan maruahnya. Tidak berkunjung ke tempat-tempat yang boleh menjatuhkan kredibilitinya.

4. Amanah, tidak mengabaikan tugas yang diberikan dan tidak menyalahgunakan kuasa dan kedudukan.

5. Tidak boros dan tidak pula kedekut. Tahu membelanjakan wang dengan bijaksana. Rajin bersedekah.

6. Menjaga mata dengan tidak melihat perempuan lain yang lalu-lalang ketika sedang bercakap-cakap.

7. Pergaulan yang terbatas, tidak mengamalkan cara hidup bebas walaupun dia tahu dirinya mampu berbuat demikian.

8. Mempunyai rakan pergaulan yang baik. Rakan pergaulan seseorang itu biasanya sama.

9. Bertanggungjawab. Lihatlah dia dengan keluarga dan ibu bapanya.

10. Wajah yang tenang, tidak kira semasa bercakap atau membuat kerja atau masa kecemasan.

Oleh itu, kepada kaum wanita, jika anda ingin mendirikan rumah tangga, carilah lelaki yg soleh. kerana secara teori kita boleh berkahwin dengan siapa saja yg kita sukai. Tetapi ciri–ciri suami yg benar-benar akan membimbing kita meraih kebahagiaan untuk di dunia dan akhirat itu hanyalah lelaki yg soleh. Jika pernikahan hanya semata-mata untuk hidup bersama-sama, makan minum bersama, berketurunan, serta bersenang-senang bersama, tentu dengan lelaki manapun boleh. Namun percayalah, lambat laun akan bermasalah jua..

Firman Allah S.W.T yg bermaksud : "Wanita - wanita yg buruk itu untuk lelaki yg buruk dan lelaki - lelaki yg buruk untuk wanita yg buruk, Sedangkan wanita - wanita yg baik untuk lelaki yg baik dan lelaki yg baik untuk wanita yg baik." [Surah An-Nur:26]

*Nak Share Silakan.

Salam Ukhwah..

Peringatan Untuk Semua Lelaki Muslim. *Sesiapa yg nak share silakan. Tak perlu mintak izin dah. Nak tag sesiapa pun boleh juga.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...