
8C ini lambang keperibadian muslimah yang lemah akhlaknya. Berpelajaran
tinggi belum tentu tinggi akhlaknya. Tapi kita insan yg mudah lupa,
alpa dan lalai.. ada masa2 tertentu mungkin juga kerana sifat suami
& anak anak. keadaan sekeliling yg membuatkan kita mempunyai salah
satu atau lebih dalam ciri2 8C ini.
[C1] CABAR - Lelaki
mempunyai ego mereka tersendiri. Jadi mereka tidak suka dicabar terutama
sekali oleh wanita. Wanita perlu tahu batas tindakan mereka agar lelaki
tidak rasa tercabar. Isteri kalau bergaduh dengan suami mulalah kata
“Kalau awak berani cubalah cari perempuan lain! Dr Fadillah kata JGN
CABAR SUAMI… nanti suami buat betul-betul isteri juga yg putih mata… ;)
[C2] CABUL - Cabul ni bermaksud keji dari segi perangai sehingga
seseorang wanita itu langsung tidak malu. Misalnya bergaul bebas dgn
lelaki yg bukan muhrim tanpa menghirau batas pergaulan. Juga perbuatan
& tutur kata2 isteri yg tak sopan (isteri hilang sifat malu) seperti
mempamerkan aurat pada umum.. mengeluarkan kata2 yg tidak baik pada
mertua…dan bla bla bla..
[C3] CELUPAR - Wanita yg cantik akan
kelihatan hodoh jika mulutnya celupar. Celupar lebih kurang cabul juga.
Isteri selalu cakap yg tidak manis, selalu terlepas cakap pada suami
sehingga membuat suami jauh hati..
[C4] COMOT - Terdapat
wanita yg cantik tetapi comot. Comot ini samada melibatkan wajah wanita
itu, penampilannya yg selekeh, kerja yg dilakukan sertatindak-tanduknya.
Contohnya, isteri bila nak keluar rumah baru nak bersolek dan comel
tapi kat rumah comot. Suami pula di tempat kerja asyik pula nampak yg
comel2 aje… Ada isteri kata – mekap untuk suami, tapi tempat kerja bukan
main make up, kat rumah tak pun..
[C5] CEMBURU - Cemburu
perlu dalam sesuatu hubungan. Memanglah cemburu itu tandanya sayang..
Tapi wanita yg terlampau cemburu hingga pasangannya merasa terkongkong
akan membawa padah kepada perhubungan mereka. Ini membuatkan lelaki akan
rasa diri mereka tidak dipercayai. Suami lemas kalau isteri cemburu
berlebih-lebihan… sikit2 telefon suami kat tempat kerja. Suami baru je
balik kerja dah disoal macam-macam. Suami balik lewat overtime dah syak
yg bukan2…
[C6] CEREWET - Kata para ulama hati wanita terletak
pada mulutnya. Oleh itu wanita perlu mengawal percakapannya. Suami tak
suka bila isteri cerewet tak bertempat. Contohnya kalau suami bawa makan
luar, isteri nak tempat yang class2 aje... Restoran nak ada aircond
je...
[C7] CINCAI - Buat kerja rumah cincai, masak cincai,
kemas rumah cincai,layan suami pun cincai, jaga anak cincai.. Suami
paling benci bila isteri cincai jaga anak… anak dah masuk longkang tapi
isteri dok lepak depan tv lagi…
[C8] CUAI - Kebiasaan lelaki
tidak suka jika pasangannya cuai terutama apabila ia melibatkan masa..
Misalnya apabila suami menetapkan keluar jam 3 tetapi pada masa yg
ditetapkan si isteri masih sibuk bersiap, bersolek, mengemas, itu ini...
Ia akan membuatkan mereka benci kerana situasi sebegini.
No comments:
Post a Comment