~~~Assalamualaikum~~~
kepada bakal suami ku,
seandainya memang ditakdirkan untuk kita bersatu
ku harap, kau akan jadi seorang lelaki
yang akan mendidik aku menjadi
seorang isteri yang terbaik untukmu.
pimpin aku dibawah pimpinan mu
menuju kepintu syurga ALLAH
kepada bakal suami ku
ku mohon, seandainya engkaulah yang terpilih untukku
janganlah engkau jadikan aku isteri yang derhaka padamu
bimbinglah aku diatas landasan yang diredhai ALLAH
kepada bakal suami ku
sekiranya memang engkaulah jodoh ku
jadilah seorang lelaki yang bertanggungjawab
seorang lelaki yang penyayang dan menyayangiku
hingga akhir hayat mu.
kepada bakal suami ku
seandainya ditakdirkan ALLAH untuk kita bersama
bina lah keluarga kita dengan baik
agar sentiasa berada dalam rahmat ALLAH.
kepada bakal suami ku
seandainya engkau menyayangiku tulus dari hatimu
jadikanlah niat kita untuk bersatu kerana untuk mencari redha ALLAH
janganlah kau sakiti aku
mahupun dari dari kata2 mu atau perbuatan mu
kepada bakal suami ku
seandainya memang ALLAH ingin serahkan aku pada mu
ku harap kau akan menjaga ku sebaik2nya.
pelihara lah aku dengan maruah mu.
dengan amanah yang akan ku sangkutkan kedada mu
kerana ketika itu,
akan ku letakkan seratus peratus untung rugi nasibku
kepadamu.
kepada bakal suami ku
ku harap engkau mengerti dan fahami
apa yang telah ku suarakan.
aku akan berusaha menjadi yang terbaik untuk mu
seandainya memang ditakdirkan engkaulah suami ku
aku hanya mampu berdoa kepada ALLAH
kerana aku belum cukup mengenal hati budi mu
menerima mu tanpa perasaan cinta
adalah pertaruhan yang hebat dalam hidup ku.
kerana aku yakin dengan apa yang ALLAH kurniakan pada ku
aku terima dengan redha
walaupun kadangkala aku rasa kalah dengan apa yang berlaku
cukuplah setakat ini sahaja coretan ku buat mu
semoga engkau sentiasa berada dalam keadaan sihat sejahtra
berada dalam rahmat dan redha NYA
dan semoga di permudahkan segala urusan
dan dimurahkan rezeki mu
dan disenangkan hidup mu.
~~~AMIIN~~~
No comments:
Post a Comment