Pertemuan yang dirancang oleh mereka
Tetapi tidak pernah terdetik langsung
Untuk memulakan perkenalan.
Malah, diabaikan kehadirannya
Malah, diabaikan kehadirannya
Pertemuan BISU selalu terjadi
aku masih tidak peduli
tetapi mereka terlalu beria2 mahu menyatukan
walhal, mereka sendiri tidak mengenali
bagaimana rupa hati budinya
sikap dan tingkahnya
sedangkan mereka mengaku sgt mengenali
seperti adik beradik
Pujian melambung tinggi diberikan
terlalu pantas tindakan mereka
kerana melihat kesungguhan mereka
kuletakkan syarat yang memakan diri sendiri
dia beria2 untuk menyuntingku
jadi ratu hidupnya
sehingga tidak bersabar lagi
dan ingin semuanya selesai dengan segera
aku seperti terkena renjatan elektrik
bila seorg lelaki yang tidak pernah ku ajak berbual
kelam kabut mahu mengikat aku
terlalu banyak kata2 nasihat, sindiran, aku beri padanya
agar dia berfikir lagi dengan apa yang dia mahu lakukan
tapi nyata dia tetap dengan keputusannya.
mahu menolak, tapi itu syarat yang aku sendiri berikan
aku tawakkal. jika mmg dia jodoh ku, aku terima
bg aku, mungkin itulah jalan yang terbaik
kerana bg aku, bercinta dialam perkahwinan itu lebih indah
dan lebih berkat
sebelum terikat, semua tampak indah belaka
bila disoal, semua ok sahaja
tiada sebab mengapa aku harus menolak
terlalu bijak menjadi pencuri hati
dan aku semakin yakin dengannya ketika itu
setelah terikat, terbit satu persatu
perkara yang tersembunyi
hati yang pada mulanya hendak terisi
kembali kosong dan sepi
tanggungjawab yang dia katakan
tidak pernah dibuktikan
janji belum dikotakan
dan kata putus belum ditetapkan
cuma aku bersyukur sangat-sangat
atas perubahan dirinya
dari seorg yang tidak mengenal sejadah
sudah boleh sujud diatasnya
sudah mula jujur dengan dirinya sendiri
sehingga aku jadi serba salah untuk melepaskannya pergi
walaupun masih teragak-agak untuk menerimanya sebagai imam
suatu hari nanti
kerana janji masih tinggal janji
YA ALLAH
Seandainya dialah yang telah KAU pilihkan untukku
yang terbaik pilihan-MU untukku
KAU permudahkanlah urusan ini
dan KAU ringankanlah hatiku untuk menerima dia
dalam kehidupanku
dan
Seandainya dia bukanlah yang terbaik untukku
yang bukan KAU pilihkan dan ciptakan untukku
maka aku mohon pada MU, YA ALLAH
jauhkanlah dia dari ku
dan aku mohon pada MU , ya ALLAH
berikanlah yang terbaik untukku
kerana ENGKAU lebih mengerti apa yang diperlukan
bagi setiap hambah-MU
hanya ENGKAU lah yang lebih memahami dan mengetahui segala-galanya
AMIIN
No comments:
Post a Comment